-->

Monday, August 13, 2012

Pilihan di tangan kita

Suami saya agak pendiam orangnya, berbeza dengan karakter saya yang suka berbicara.
Alhamdulillah, Allah SWT beri kita pasangan adalah untuk saling melengkapi. Disebabkan saya banyak berceloteh, jadi saya dikurniakan seorang suami yang suka mendengar. Bahagia! ;)

Hari ini, usai bersahur kami berbual. 

Satu cara untuk saya dapat mendengar suara emas suami saya itu adalah dengan membangkitkan topik perbualan yang dapat menarik perhatian si dia untuk berbicara. 

Saya tertarik dengan status seorang sahabat saya di facebook. Ayatnya ringkas, tapi membawa mesej yang baik.

~Walaupun "Wellward" barangnya murah2, saya tetap pilih "Selesa"~

Buat yang tinggal di Parit Raja, Batu Pahat tentu sudah sinonim dengan Wellward dan Selesa. Bagi yang tidak tahu, ia adalah sebuah pasaraya. Berbezanya adalah, satu pemiliknya bukan Islam dan satu lagi adalah milik orang Islam.

Saya amat bersetuju dengan pilihan sahabat saya itu. Dan itulah perkara yang sentiasa suami saya tekankan. Suami saya adalah seorang yang sangat kuat usahanya untuk membeli barangan di kedai muslim terutama sekali produk keluaran orang Islam itu sendiri. Kadang-kadang saya perhatikan walaupun kedai itu agak jauh, tetapi oleh kerana pemiliknya orang Islam dia sanggup ke sana. Jihad.

Saya tertarik dengan sikap dan kesungguhannya. Saya cuba mendapatkan pandangannya berkenaan isu ini. Bila topik yang diutarakan sealiran dengan minatnya, bersemangat dia melontarkan hujah-hujahnya. Nampaknya, pancing saya mengena juga kali ini..Hihihi.

"Kita ambil contoh roti. Si A (bukan Islam) buat roti lembut, gebu, sedap dan murah. Si B (muslim) buat roti keras skit dan agak mahal sikit. Bagi abang, pilihan tetap pada si B. Sebab apa? Sebab, walaupun rotinya keras si B adalah orang Islam. InsyaAllah, dia solat, berpuasa, bersedekah dan bayar zakat. Keberkatan Allah SWT ada di situ. Tanggungjawab untuk menyediakan roti menggunakan barang-barang yang halal dan bersih telah diletakkan pada si B. Samada si B menjalankan kewajipannya sebagai seorang peniaga yang baik atau tidak itu adalah urusan dia dengan Allah SWT. Yang penting, kita sudah memilih yang betul."

Kadang-kadang sedih saya tengok. Di pasaraya terutama sekali orang cha ya nun alif..ramai sungguh orang kita membeli-belah di situ. Cuba anda perhatikan, ada tak orang cha ya nun alif ni nak berbelanja di kedai orang kita? Hmmm..jauh panggang dari api. Kalau adapun, jika harga di kedai orang melayu tu sangatlah murah.

Kenapa harga barangan di kedai orang melayu agak mahal? 

Sebabnya, main supplier barangan sekarang ini dimonopoli oleh orang cha ya nun alif. Perniagaan banyak dikuasai oleh mereka. Ekonomi orang melayu semakin hari semakin meresahkan kita. Menjadi tanggungjawab kita untuk cuba bantu meningkatkan taraf ekonomi orang kita. Kalau bukan kita, siapa lagi. 

Nampak isu ini kecil dan remeh, tapi sebenarnya memberi impak yang besar. Fikir-fikirkanlah!

2 comments:

  1. Betul hanis, aku sndiri lebih selesa begitu. Biarlah mahal sedikit. Tp kita tahu kemana hala transaksi seterusnya bg sebuah kedai muslim. Lebih selesa jika dilihat pemilik kedai merupakan seorang muslim yg benar2 mengamalkan Islam. Pekerja muslim, menghormati hari Jumaat dimana kedai hanya dibuka selepas Solat Jumaat, pekerja tahu utk melafaz akad 'jual-beli'. Sesekeli dpt dilihat pemilik kedai turun padang, memeriksa barang, bersama2 pekerja melayan pelanggan...bukankah itu Sunnah Rasul. Kalau dekat area rumah aku tu, Sulaiman Jaya lah sasaran aku. En Sulaiman-pemiliknya sgt humble. Tak hairan ramai juga dikalangan bangsa cina/India ke kedai nya walaupun ada kedai pemilik asing (Kedai Yoss) sebagai pesaing. Alhamdulillah, Allah mudahkn urusan kita. Aku juga suka ke sebuah Kedai menjual produk muslim kt Tmn U IE Mart : https://www.facebook.com/iemart.tmnu ...waiting for you..we'll go around place that we want to..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, totally agree. Perkara ni biasanya orang nampak remeh, tapi impaknya besar. Siapa yang nak majukan orang kita, kalau bukan kita sendiri. InsyaAllah, moga usaha kita ni diberkati olehNya..=)

    ReplyDelete