-->

Thursday, August 2, 2012

Ramadhan yang penuh barakah

Alhamdulillah. 
Segala puji bagi Allah SWT. Hanya Dia yang layak menerima segala pujian.

Allah SWT merancang, saya juga merancang. 
Tetapi, perancangan Allah SWT adalah yang sebaik-baik rancangan.
Jika kita selami tentang kehidupan ini, satu jawapan yang pasti kita jumpa di akhirnya.

Kita adalah makhluk Allah SWT yang sangat lemah. Kekuatan, kebijaksanaan, kehebatan kita yang mana dipandang sesama makhluk adalah sebenarnya milik si Pencipta kita. Kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa. Hatta, diri kita sendiri adalah kepunyaanNya.


Semua berlaku sekelip mata. Beberapa minggu lepas, saya merancang tarikh thesis review saya. Ini adalah milestone terakhir yang harus saya lalui sebagai seorang pelajar. Perancangan begitu teliti dan bagi saya tarikh pilihan saya itu kelihatan cukup pasti.


Tapi, Allah SWT mengajar saya. Jangan terlalu yakin dengan segala perancangan kita. Betul, kita harus merancang tetapi sediakan sedikit ruang kepada perancangan Allah SWT. Adab merancang, buatlah apa-apa rancangan tetapi akhirnya bertawakkal. Serahkan segalanya kepada Allah SWT. Dia tahu yang terbaik buat kita. 


Dengan hanya satu kiriman email kepada penyelia, perancangan saya berubah. Penyelia minta saya berjumpa dengan nya. Tanpa ayat bunga-bunga, terus dia kepada matlamat perjumpaan. 


"We complete your thesis review today"


@__@ 


Perancangan saya pada awalnya untuk buat 2 minggu lagi telah bertukar 2 minggu lebih awal. Allah SWT maha berkuasa. Kita yang sebenarnya kena ikut Dia, dan bukannya Dia yang ikut kita. Tersedar.


Alhamdulillah, Allah SWT itu memang penuh dengan kemurahan dan sifat kasihNya. Setelah mesyuarat selesai, dengan izinNya saya telah lulus dan mendapat komen yang sangat positif dari reviewer committee. Ada sesuatu yang ingin saya kongsikan, tetapi bukan di post ini. InsyaAllah, nanti.


Allahuakbar, Allah maha besar. Perjalanan hidupku ini hanya mendambakan limpahan kasih-sayangMu. Semoga rahmatMu sentiasa menjadi payung untuk aku berlindung. Dan kepadaMu jualah ku serahkan segala urusanku.
 

6 comments:

  1. Alhamdulillah .. wow insyaAllah best thesis ever hehe. Nis, bebila nanti kita amik course belajar bahasa Arab nak tak?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..segalanya dengan keizinan dariNya. Isy..idokla sampai dapat best thesis..hihihihi..lagipun takde award tu..=) Best2, nanti awk recommend la kelas kat mana yang ok k.

    ReplyDelete
  3. Salam akak...entry yg ringkas tapi penuh dgn nasihat penuh makna, inshaAllah...setuju yg kita tak boleh lupakan Allah dlm setiap gerak-kerja kita...apa jua yg kita laksanakan adalah sbnrnya telah ditulis jauh lbh awal oleh Allah...tinggal masa dan tempat yg sesuai utk takdir tu terlaksana...bukankah tugas kita adalah menjalani takdirNya?

    Ikhlas,
    Yus (",)

    P/S: Takleh nak comment dgn Google account sbb nnt akak blh figure out blog yus yg sudah lama menyepi :D

    ReplyDelete
  4. Alaikumsalam yus sayang..true indeed yus. Semua yang berlaku pada diri kita adalah ketetapan dariNya. Tetapi kita juga harus ingat sesuatu yang kita perolehi juga bergantung kepada usaha kita. Kita kena berusaha untuk mencapai sesuatu kebaikan kerana Allah melihat dan menilai usaha kita. Sesuatu kejayaan takkan kita capai dengan hanya berpeluk tubuh tanpa usaha. =) Semoga Allah SWT sentiasa memandu arah kita dalam menjalani kehidupan ini.

    P/s: Ala yus, guna je akaun google nanti boleh akak menjengah2 blog yus..>_<

    ReplyDelete
  5. Yes, kak anis....berserah diri kpd ketentuan Allah tanpa meninggalkan tanggungjawab utk berusaha sehabis baik sblm terlaksananya sesuatu takdir...bukankah Rasulullah pernah berpesan: "Ikatlah untamu, lalu bertawakkal-lah kpd Allah" (kurang lbh maksud hadis)...meanings, usaha dulu..then tawakkal...:)

    P/S: blog yus sbnrnya bnyk tulis ttg kisah2 yg yus alami...mungkin bg sesetengah org, mrk tak prefer sgt..tp yus suka menulis tentang kehidupan...krn yus mendapat kekuatan dgn menulis (itupun dgn izin Allah, pastinya)...Just my two cents...wallahu a'laam

    ReplyDelete
  6. True indeed my dear..bak kata abg Jamal, kita perlukan DUIT. Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal..=) Bagi akak, blog kita terserah pada kita untuk mencorakkannya. Sama ada orang suka atau tidak, itu terserah pada diri mereka sendiri. Yang penting kita enjoy writing and buat lillahitaala..;)

    ReplyDelete