-->

Thursday, July 26, 2012

Allah itu sangat dekat

Allah SWT adalah pencipta kita..Dia maha agung. 
Pencipta yang maha melihat, maha mendengar, maha mengetahui...
Dan Dia sangat dekat dengan kita.

Diri manusia penuh dengan rahsia. 
Rahsia Allah SWT yang terhijab dari diri kita yang penuh dosa dan rasa kecintaan kepada dunia. Muhasabah diri. Hati kita sentiasa berbolak-balik. Adakalanya rasa rindu dan cinta kepada Sang Pencipta hadir meluap-luap, dan adakalanya apabila rasa cinta kepada dunia datang, kita seakan lupa pada Dia yang hakikatnya sangat dekat dengan kita.

Menangis itu perlu. 
Kadang-kala, "rasa" itu hadir tanpa kita sangka. Satu perasaan yang sangat ikhlas dan suci, bukan dibuat-buat. Rasa rindu. Rindu yang amat kepada si Dia. 

Rindu? 

Satu perasaan yang diajar olehNya kepada kita. Rindu terjadi apabila kita telah mengenali, berjumpa atau berhubungan dengan seseorang. Jika "rasa" rindu pada si Dia itu hadir, terfikir...adakah kita pernah bertemu dengan Sang Pencipta kita sebelum ini??? 

Ya! Itu sudah pasti. Pertemuan sebelum kita masuk ke alam rahim. Pertemuan indah yang telah kita lupa kerana dunia telah mengaburi kita. Mata zahir, juga mata batin.

Oh Allah! Alangkah indahnya hidup ini jika Kau dapat singkapkan hijab antara aku denganMu. Agar mata zahir dan mata batin ku hanya dapat melihat dan merasakan keberadaanMu di setiap detik waktu.

Nikmatnya hidup ini jika kita dapat rasa keberadaan Allah SWT di mana-mana. Di depan, di belakang, di kiri, di kanan, di luar, di dalam. Rasa bertuhan yang sangat kuat. Dan kita akan dapati dunia yang fana ini amatlah kecil sehingga ke suatu tahap ianya tidaklah sangat memberi erti jika dibandingkan dengan alam akhirat yang kekal abadi.

"Dan Kami lebih dekat dengannya daripada urat lehernya sendiri." [Qaf, 50:16]

4 comments:

  1. Kerana itu kita harus selalu husnudzon dgn segala yg berlaku...walau susah atau senang. Mungkin juga kerana kesusahan yg dihadapi merupakan Hidayah= Allah timpakan kesusahan/uji dengan kematian supaya kita kembali & merintih kepadaNya..saat kita merasakan kita dah tak mampu utk buat apa2 melainkan Penyerahan Sepenuhnya diri/hati/roh kita kepadaNya... Saat itu biasanya Penyerahan kita & Kebergantungan kita tentang ADANYA ALLAH sgt IKHLAS. Maka,kita akan mengakui bahawa Dunia hanya perlu ditangan dan Akhiratlah di hati..Kita akan mula merinduiNya... Jadi, setiap yg berlaku pasti ada sebab dan hikmah. Lihatlah setiap yg berlaku dgn mata hati! (setiap kali kita berkongsi/memberi pandangan=ingatan buat diri agar terus beramal & istiqomah!)

    ReplyDelete
  2. Benar kin, aku bersetuju..cuma aku rasa sepatutnya samada kita menghadapi kesusahan atau mendapat kesenangan, kita WAJIB mengingati keberadaan Dia yang sangat dekat dengan kita. Cuba kita tanamkan dalam diri jangan ketika kita susah baru kita ikhlas mencari Dia tetapi apabila senang lupakan pada pemberi kesenangan itu. Sibukkan diri kita setiap hari dengan mengingatiNya..setiap helaan nafas kita, hingga hujung nyawa..Moga Allah SWT beri kita peluang merasai nikmat itu.

    ReplyDelete
  3. Betul nis, cuma aku cuba bawakan senario yg sering kita lalui bila kesusahan, kita akn byk memikirkan ttg kesalahan siapa. Namun bila kesenangan yg kita perolehi.. ALhamdulillah, rata2 tahu itu rezeki ALlah & sedar akn konsep bersyukur. Namun, perlu juga diingat kadangkala Allah berikan kesenangan utk menguji kita juga..bukan? Konsep Ikhlas dlm Bersyukur/Kesenangan juga perlu difahami.. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  4. Benar kin..sama-sama kita berusaha untuk sentiasa sedar kepada Allah SWT dalam susah atau senang..InsyaAllah, kita akan jadi manusia yang paling bahagia kerana dapat menikmati rasa itu..=)

    ReplyDelete